Doa Tahlil dalam bahasa Melayu

Posted in Blog on September 6, 2010 by xdeusfx

 Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Puji-pujian yang melengkapi segala tempatnya, dan membalas segala limpah kurnianya. Ya Allah ya Tuhan kami, untukMu jua segala puji-pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuru-haraan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu daripada segala macam maksud dan hajat. Engkau bersihkan kami dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebajikan baik semasa kami hidup mahu pun sesudah kami mati.
Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujiMu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zatMu.
BagiMu kepujian sebelum keredaanMu, bagiMu kepujian sewaktu keredaan dan bagiMu kepujian selepas keredaan.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dalam kerajaanMu yang maha tinggi hingga hari kiamat, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami hinggalah Engkau mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baik yang mewarisi.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimakanlah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat al Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir, dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini sebagai hadiah yang sempurna sampai daripada kami dan sebagai rahmat daripadaMu yang mencucurinya, berkat yang meliputi, sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad bin Abdullah sallallahu alaihi wassaalam, serta isteri-isteri baginda, keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut, dan pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut baginda dari masa ke masa hinggalah hari kiamat.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi serta ihsan yang berlebih-lebih kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka kami berkumpul di sini, lebih istemewa lagi kepada roh Allahyarham Che Ni Bin Mat Lop dan Allahyarhamah Siti Roslina Binti Che Ni, asal-usulnya, anak cucunya, dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.
Persampaikanlah ya Allah pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut tadi daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikan pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya menerangi dan bersinar di hadapan mereka. Gandakan ya Allah akan rahmat dan keredaanMu kepada kami dan juga roh-roh mereka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu perisai mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkan mereka serta maafkanlah mereka. (3X)
Dan di dalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah sampaikan pahala kami yang telah kami katakan itu kepada arwah sekalian datuk ninik kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum muslimin dari timur hingga ke barat walau di mana mereka berada.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan, masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.
Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
{ Allahyarhamah Siti Roslina Binti Che Ni (adik) meninggal pada 13hb Mei 2010 dan diikuti selepas genap 40 malam selepas itu pula Allahyarham Che Ni Bin Mat Lop (ayah) }

arwah ayah dan adik

Bersama Arwah Ayah dan Adik

Kaabah….

Posted in Kisah-Kisah on May 13, 2009 by xdeusfx

Assalamualaikum…dah lama aku tak menulis blog nie…sejak aku meletakkan jawatan aku sebagai designer aku banyak menghabiskan masa dengan berjumpa client dan belajar…

kisah kali ini aku amat tertarik dari sebuah email aku…ilmu atau pengetahuan kita kongsi bersama..

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Rasa nak menangis bila membaca.  Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku…. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga….
Betapa nikmat dan beruntung nya…. bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah….

wassalam..

Permata hatiku….

Posted in Blog on May 13, 2009 by xdeusfx

Assalamualaikum….syukur alhamdulillah tepat pukul 10.13 mlm pada hari Khamis lepas..seorang putera selamat dilahirkan…berat sebanyak 2.92kg dengan ketinggian 50cm dia dilahirkan di HUKM Cheras…aku dah jadi ayah beb…hahahaha…memula aku nama Putera Muhammad Zulkarnain tapi….huhuhuhu…dia punya nangis macam citer Ahmad Albab daa…nasib baik aku tak bagi nama dia Ahmad Pintu…hehheee..abahku memberi pendapat supaya meletakkan namanya PUTERA MUHAMMAD FAARIS…aku setuju jerk..sebab maknanya pun elok…dia ( baby ) punya senyum sampai ke telinga…jadi ini lah permata hatiku yang pertama…dan sekarang dia berada di kampung blah ummienya….uuuuwwaaaa….

Selamat Hari Rayer

Posted in Blog on September 26, 2008 by xdeusfx

Assalamualaikum…

سلامة هاري رايا

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

Ramadhan sudah sampai penghujungnya…ntah sempat atau tidak kita menyambut kembali di tahun hadapan….berdukalah tatkala Ramadhan meninggalkan kita bergembiralah atas kemenangan dipagi Syawal…

Ku pohon ampun dan Maaf segala ketelanjuran kata terkasar bicara…Ya Allah Ya Rabb ku berdoa atas kesejahteraan anda semua…InsyaAllah..

Kisah benar…

Posted in Kisah-Kisah on March 25, 2008 by xdeusfx

Assalamualaikum….

Baru² nie aku dapat sebuah email yang memaparkan sebuah kisah benar atau aku sendiri tak pasti…yang penting jalan ceritanya menarik dan aku suka pengolahannya…itu sekadar pendapat aku…

Kisah benar…

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.

Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”

“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,”

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuliaku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat diMasjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke dalam inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
su
dah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian
nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak A
bg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah…Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate
things when you lost it..

Penulis asal tidak diketahui ..nama watak telah diubah…

bertapa…

Posted in Blog on March 25, 2008 by xdeusfx

Assalamualaikum….

sekian lama aku bertapa di pejabat nie…baru sekarang aku dapat peluang menulis kembali…maklumlah penghujung bulan Mac nie tarikh terakhir project Kementerian Pendidikan…tak perlulah aku menceritakan panjang lebar apa terjadi selama ini..dengan krisis politik dan macam² lagi….jadi aku memutuskan untuk menumpukan perhatian aku pada pejabat serta perniagaan yang aku baru mulakan…Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan…

Membuat aku lagi terkejut apabila membaca komen² dari kisah “comolot”…hehehe..aku tak kisah aper korang nak kata…dan aku bersyukur aku hanya meluahkan bukan menghentam atau memberi komen serta ulasan melibatkan perasaan orang lain…aku berpandukan pada kitab² serta pada orang² yang berilmu…aku tidak pernah menulis dari dasar hati aku sendiri tetapi aku melalui pada orang² berilmu…pada mereka yang terasa dan menuduh…alhamdulillah dan aku memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan aku bisa membuat atau menghasilkan sebuah perasaan ketidakselesaan pada mereka….aku hanya insan biasa yang ada kelemahan…

Memang benar bak kata sahabatku, aku nie bukan sorang mumayiz jauh sekali alim ulama…aku menulis sekadar pendedahan ilmu…InsyaAllah bila aku sudah berumahtangga aku akan mengikut nasihat anda…memimpin anak² ke jalan yang benar…tidak sesekali aku bertopengkan hadis dan sunnah dan setahu aku aku tidak meng”kondem”kan filem tersebut…itu hanya satu pembuka kata untuk aku menulis tentang kisah² zaman dahulu kala dan untuk generasi sekarang…anda seorang berilmu pasti sudah tahu tapi aku hanya ingin berkongsi cerita pada yang lain…tapi andaikata aku bersalah lagi aku ingin memohon maaf…

Pada sahabat² aku yang lain…terima kasih memberi sokongan…alhamdulillah aku senang bekerja dengan kamu semua…aku dengan tangan terbuka menerima semua sahabat² aku serata dunia untuk berkongsi pengalaman serta ilmu…

Aku sudahi dengan tasbih kifarah dan al-fatihah…

wassalam..

Selamat Menyambut Tahun Ke “tua” an….

Posted in Blog on January 2, 2008 by xdeusfx

Assalamualaikum..

Malam tahun baru…

Kembali kita di tahun yang baru dan azam yang baru…pada malam tue aku lebih suka di rumah dan melihat bunga api…kekadang aku terpikir kita menyambut tahun baru mengikut urutan kalender roman atau kalender Islam?

Pagi 1 Januari 2008

Aku melihat di kaca tv sambutan pada malam tahun baru yang baru berlalu…ramai remaja atau terutamanya yang baru dalam alam persekolahan riang menyambut…mak diaorang tak marah ker kuar malam²? Mungkin zaman sudah berubah. Masa aku di alam persekolahan aku masih ingat undang² di rumahku…semua anak² di boleh berada di luar rumah sebelum pukul 10 malam. Nasib baiklah aku dibesarkan di kampung…kalau aku di bandar entah² kul 12 malam tue di kira malam masih muda…selalunya selepas mengaji al-quran aku terus balik sebelum pukul 10 dah laa depan rumah aku tue hutan dulu so macam²lah cerita timbul…Cuma sekarang aku cukup takut bagaimana pula aku sudah berumahtangga nanti dan ada anak..sudah semestinya aku membesarkan mereka di sini di bandar metropolitan ini. Mesti terselit budaya yang ada sekarang…sudah semestinya aku akan menjadi ayah yang perlu membimbing mereka tapi mampukah aku melihat anak² aku berjaya…sedangkan di tv dan dimana² diajarkan budaya dan ilmu luar…

Cuba lihat di kaca tv…remaja senang lenang boleh meminum arak dan berparti di bandar² dengan secara terbuka apabila menyambut perayaan…aku tertanya bagaimana pula keluarga mereka..adakah mereka tahu atau perhatikan anak² mereka ini? Dan aku yakin keluarga mereka dah beri pengajaran dan ilmu keagamaan…dan aku lagi pelik kenapa bangsa lain tidak ramai dari bangsa aku sendiri…inikah yang dikatakan bangsa yang berdaulat…

Aku pernah alami situasi ini dahulu…aku pernah bercadang melarikan diri dari rumah kerana aku perlukan kebebasan…aku mahu apa yang aku citakan dan bebas dari cengkaman. Tapi nasib baiklah aku kena belasah dari ayah aku…terima kasih ayah…kalau ayah aku tak buat macam tue aku rasa aku duduk dibawah jambatan sungai klang nie…alhamdulillah aku telah berjaya dengan jawatan aku sekarang…

Tentang sambutan tahun baru ini aku hanya mushkil ada mereka di luar sana yang sedang mabuk dengan alkohol dan berpesta tahu makna atau iktizam jati diri mereka sendiri. Apakah azam tahun baru mereka? Untuk terus menerus meminum benda yang haram atau terus duduk di belakang bangunan…mereka masih tidak nampakkah Allah sudah menurunkan bala…banjir…gempa dengan dicampurkan lagi peperangan yang manusia cipta sendiri…tapi kita Alhamdulillah sedang selesa apa yang ada sekarang…

Disamping tayangan sambutan tahun baru di tv juga menayangkan kisah² yang terjadi sebelum ini…satu kisah aku sedih lagi tentang kebuluran dan peperangan menentang kaum² Islam di dunia…tapi manakah kita sekarang?…ramai yang berada di KL tanpa melihat situasi ini…orang² atasan masih lagi membazirkan duit membeli bunga api yang mencecah belasan ribu ringgit sedangkan mangsa banjir masih ada lagi yang tinggal di khemah²…anak² muda yang berpesta meminum arak sanggup berbelanja sedangkan ramai lagi yang dahaga dan kelaparan…adakah kerana pembelajaran di sekolah mengajar mereka semua ini atau mereka sendiri mencari kehidupan mereka…

Moga Allah memberi hidayah pada mereka dan jugak aku untuk hari² mendatang…makin kita menyambut tahun baru makin tua umur kita meningkat…dan makin jauh perjalanan aku meninggalkan dan adakah aku masih tertinggal azam atau tidak terbuat di masa dulu…rugi atau untungnya kehidupan kita sedangkan kita masih bergembira menyambut tahun baru…aku hanya mahu melihat kebahagiaan semua orang…pikirkanlah apa perlu kita sepatutnya lakukan..

Selamat Menyambut Hari Ke’tua’an….Moga Allah memberikan sinar yang baru dan mempermudahkan segala urusan yang terlaksana. Dan memberi kesabaran apa jua yang mendatang dan syukur aku masih lagi bernyawa untuk terus hidup…amin