Kucing yang cute…

Kali nie kat rumah aku jadi taska…seronok pulak jadi penjaga nie…tapi bukan taska budak kecik…hanyalah taska untuk anak KUCING…nie idea housemate aku ler…jadi bapa susuan pada anak² kucing nie…tuan punya kucing nie akan berlepas ke Hong Kong..jadi kitaorang akan menjaganya buat sementara waktu…

Memula tak terpikir si cute mcm nie…memula macam berat gak nak bela..tapi bila dah tengok kucing2 nie..kitaorang terus kata pada Fairul…boleh jaga sampai bila²…comel tak..yang putih bernama SHILOH dan yang kelabu bernama SURI…kawan aku kata nama² nie sempena nama dari anak Brat Pitt dan Angelina Jolie….sedap nama diaorang nie..( maaf quality gambar tidak memuaskan..)

shiloh

Shiloh

Suri

Suri

rumah tumpangan…

rumahku duniaku…

Aku mula teringat masa di kampung dulu aku suka bela kucing…tapi mana la sama kucing bandar ngan kucing kampung…kucing bandar makanan diaorang termasuk penjagaan mahu cecah ratusan untuk sebulan…kucing kampung nie senang sikit…gaulkan ikan goreng dengan nasi..mau abis berpinggang²…dulu hanya ada 2 ekor saja yang rapat dengan aku..sekor nama black sekor lagi nama mimi…’black’ nie dulu tukang jaga kalau ada tikus atau lipas dalam bilik aku..so dialah kasi settle..tak pun kalau ada kucing² lain nak wat hal dalam bilik aku…dia lah jadi pak guard….si ‘mimi’ nie lak bersifat manja…tapi tukang kejutkan aku bila time subuh…macam tau² jerk bila nak azan…dia akan duduk ngadap muka aku pastu jerit²..paling tak pun dia akan jilat²…tue kucing bukan manusia…

Tapi sayang sejak aku melangkah ke IPTA..aku dah tak bersama² ‘belaan’ aku nie…jarang balik kampung..so tak sempat tengokkan diaorang…suatu masa aku balik..aku tgk si mimi ngan black nie kurus sangat…mak aku kata diaorang tak nak makan…time aku balik macam anak² rindukan ayah pulang…(macam ada pengalaman jadi ayah lak)….abis aku satu semester..aku cuti lama..tapi sayang hanya sempat 2 hari saja aku bersama² mereka..si mimi mati depan aku kerana kekurangan berat badan yang melampau…kira diet tak disarankan doktor aa tue…dan si black pula hilang entah ke mana…orang kata kalau kita bela kucing..kucing tue sayang sangat pada tuan dia atau kedua²nya…kucing tue akan menghilangkan diri bila dia tau ajal menjemput dia….dia ada sifat tak nak tuan dia bersedih atas kematian dia..so dia larilaa maner² tempat…tue orang kata laa…

Sejak kematian tue aku tak nak bela lagi dah kucing…aku tengah cari sangkar Iguana pula…nak bela iguana lak…ganeh sikit….kalau bela ikan nanti ikan tue mati leh wat ikan panggang…so belalah iguana…nak bela pun senang..bagi sayur jerkk…boring² boleh bawak jalan² letak kat bahu…

Tapi macam mana pula kata² ini…”membela anak sepuluh orang amat senang sekali..tapi si anak kesemua ini tidak boleh menjaga EMAK yang hanya seorang…”…..

4 Responses to “Kucing yang cute…”

  1. chomelnya shiloh ngn suri tu…🙂

  2. kucing? ermm..saya tak berapa gemar kerana beberapa peristiwa yang menyayat hati. iguana? first time tengok iguana kat national geographic dan kat kedai pet midvalley secara face to face.

    berkaitan dengan kata-kata terakhir entri awak tu, teringat juga email yang saya terima semalam ” kita boleh jaga kucing dengan penuh kasih sayang, kita boleh jaga awek atau balak dengan sepenuh jiwa raga tapi mak sorang kita mula berkira nak jaga….kesian kat mak kan?

  3. Terpaku jap tgk ayat terakhir entri ni..

    Ada beberapa kes yg berlaku di sekeliling saya, bertepatan dgn ayat terakhir tu..

    Kesian kat mak..

    (Tapi bukan kes saya..)

  4. comenya…nak bleh x..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: