Buli balik…

Assalamualaikum…Seperti artical lepas aku teringat masa aku sek yang sama dulu ( mahad al-hidayah ) nie…Kali nie ala² macam citer The Seeker…tapi kitaorang tak cari hantu mahupun mambang…tapi inilah akibat dari terlalu dan selalu kena buli jadi ingin menjadi kuat…

Masa kejadian tue managment sekolah buat malam Qiamulai…ala standard aa bebudak kalau Qiamulai bukan seronok sangat sebab kena bangun awal pastu tak cukup tidur…dalam 5 sahabat aku nie ada sorang ajerk yang suka membuli si akahshah ( bukan nama sebenar )…bukan buli apa pun..hanya cakap² ajer…si akahshah nie seorang budak lelaki ( tentunya ) yang berbadan kecil dan pendek…tapi muka dia ala² comei sikit ( di panggil jambu ). Beliau bukannya active bersukan ( walaupun dari mahad tapi bola sepak tetap menjadi sukan utama )…tapi si akahshah nie seorang penghafal dan berotak cerdas…

Aku bukan aper…kesian gak tengokkan beliau…kekadang bukan sahabat aku yang selalu buli dia tapi dari senior² aku juga…suruh basuh pakaianlah, suruh picit badanlah..macam² lagi yang kena buat…si akahshah nie tidur hanya atas dari katil aku sendiri…so aku tahulah serba sedikit latar berlakang beliau…dia nie orang susah…ada 8 adik beradik dia anak ke 4… walaupun aku 5 sahabat nie dari ahli² gangster ( kononnya ) tapi kitaorang ada sifat kemanusiaan…kekadang sian si akahshah nie dok sorang² kami jadi peneman..belajar sama²…tapi selalu kitaorang suruh dia masak air, buatkan kopi tak pun picit bahu kitaorang sikit² ( tak buli tue..hanya minta tolong ).

Maka terjadilah satu peristiwa yang susah nak masuk akal juga…kalau di pikir logik atau hukum Allah memag nyata…tapi dalam bidang saintis tidak tahu laa plak…begini kisahnya…pada suatu malam yang nyaman…aku bersama²
5 sahabat nie pergi nyorok atas syiling menghisap rokok ( jahat aku nie )( “ibu maafkan anakmu ini, ibu.”)..selalu si akahshah nie tukang jaga line..kot² kantoi ngan ustaz lak…selepas menikmati asap serta makanan syaitan ini aku turun dari syiling dengan muka yang berseri ( dah lepas gian )..lalu aku pun baring² kat katil aku….aku terdengar perbualan si akahshah nie dengan kawannya…aku tak pasti yang maner satu…maklumlah malam tue kan gelap…diarang berborak berbunyi macam nie..

Akahshah : ana dah tak tahan dah asik kena buli..semua orang tak
sukakan ana..

Member 1 : sabar lah…tue semua dugaan..ana hanya boleh nolong maner yang patut…tapi anta kenalah kuat…jangan mudah putus asa.

Akahshah : ada tak mana² tok guru yang boleh ajar ana bersilat atau apa².

Member 2 : kalau anta berani ana boleh ajar satu benda…tapi syaratnya kenalah berani dan jangan cerita pada ustaz…kena janji dulu. ( ala mcm perbualan bebudak )

Akahshah : macam aner tue? Ok lah ana janji. ( dipendekkan perbualan )

Member 2 : anta nie sorang penghafal…jadi hafal ayat nie…( mungkin dari surah Al-Jin tak sure ayat yang keberapa..). hafal dan sebut sepenuh hati…baca dalam keadaan pejam mata pastu bukak lihat kat sebelah nie. ( bersebelahan atas katil aku adalah kosong )

Member 1 : tapi anta jangan ceritakan pada sesiapa tau..

Akahshah : oklah ana cuba malam nie…

Pas aku dengar macam tue aku tak pikirkan sangat sebab malas nak ambil kisah sangat…aku terdengar jugak macam orang tengah mengaji…( malam tue aku tak boleh tido lena )…suara dia mendayu² macam lain macam…tapi oleh kerana aku nie suka amalan tidur nie..jadi aku tidur dengan denguran yang kuat malam tersebut..

Keesokkan harinya aku melihat sikap si akahshah nie berbeza..dia tak mahu lagi join kitaorang lagi…banyak amalan harian dia dengan mendiamkan diri atau mengasingkan diri…nak kata period dia lelaki tulen…tapi entah lah…aku dengan sikap aku terus tak layan sangat sikap dia…tapi aku tak juga tenteram hati nie sebab aku terlalu pikirkan sangat perbualan dia malam tue..tapi aper yang aku peratikan tiada lah pula perubahan diri dia macam tetiba menjadi monster ker aper ker…tak per lah aku ambil tak kisah….

Sudah seminggu si akahshah jadi macam tue…mula hati nie risau..bagaikan risau pada anak kucing ku…lalu aku menegur dia…dengan muka selambernya dia tak membalas…( aku pun ada perasaan..hati aku terguris )…keesokkannya aku menegur lagi hingga aku mengajak dia makan..tapi nyata gagal…aku sedih…huhuhu…

Pada hari sabtu tue ada sukan bola sepak menentang pasukan luar…ala bolasepak persahabatan…entah macam maner team sekolah aku tetiba tak cukup orang…ada pun semua kecederaan..jadi dari malu kalah sebelum bertanding kitaorang carilah member…last² terpaksa jugalah minta pertolongan si akahshah ni..yang pelik dia setuju tanpa syarat ( rupa²nya dia peminat bola juga )..maka dengan meriahnya sukan tue berjalan…sampailah pada satu tahap yang di luar dugaan…masa tue aku sebagai penjaga gol…jadi aku dapat melihat team aku bermain dengan selesa..

Salah sorang dari pihak lawan telah dengan tidak sengajanya menyepak kaki si akahshah nie dengan kuat..aku fikirkan mesti dia tersungkur..korang bayangkan lah bagai rempuhan gajah dengan kancil…secara automatiknya permainan menjadi sunyi sepi…semua tergaman bila melihat kejadian itu…si gajah dari pihak lawan yang jatuh tersungkur lalu patah kakinya…”HAHAHHAHA” si akahshah ketawa ( ayat penambahan )…Reff tak boleh buat aper sebab bukan salah akahshah..permainan di teruskan..Cuma kali ini akahshah menjadi ganas…pihak lawan yang 4 -5 kali besar darinya dengan selamber tercampak dengan jayanya…aku melihat bukan permainan bola sepak lagi tapi sepak orang…abis semua pihak lawan tumbang ( dah macam medan perang lak ) si akahshah membalas dendam pada pihak sendiri..yakni orang² yang pernah membulinya dulu…takat orang macam Malek Noor ( bekas ahli bina badan Negara ) dia angkat sebelah tangan saja…abis semua orang lari bertempiaran…tinggallah aku terketar² di tiang gol…ada sahabat² yang lain yang cuba panggilkan pihak berwajib, ustaz² atau pun pihak bomba…yang nyata ustaz kitaorg yang datang terhenjut²…

Bersambung…

2 Responses to “Buli balik…”

  1. la..ada sambung2 lak..
    org tgh berdebar2 nk tau ni…

  2. Nice site….

    Wasn’t looking for this, but great stuff….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: