Adat diRaja…

Assalamualaikum….

Alkisah adapun hikayatkan, pada zaman dahulu kala Raja Iskandar Zulkarnain ( di kaitkan nama Alexander the Great ) mempunyai tiga orang putera. Putera raja pertama yang di beri nama Raja Diraja. Putera kedua pula bernama Raja Alih dan yang ketiga bernama Raja Dipang..( pelik² nama orang dulu² )..Pada suatu hari mereka ini telah pergi berlayar dan tanpa diduga bahtera yang dinaiki mereka ini hampir karam di lautan yang terbentang luas. Tetapi sebelum itu kelasi² bahtera ini telah memaklumkan kepada mereka bertiga bahawa barang² yang berada di dalam bahtera perlu dicampakkan ke laut agar bahtera dapat diselamatkan.

Tetapi, manusia hanya merancang Allah yang menentukan, bahtera tersebut masih belum dapat diselamatkan. Hanya mahkota yang dipakai baginda dibuang, barulah bahtera tersebut dapat diselamatkan dan dapat meneruskan perjalanan yang nun jauh. Banginda kemudian singgah berlabuh di Tasik Bukit Seguntang di Minangkabau, Indonesia. Apabila penat berjalan tiga putera ini keletihan lalu tidur bila singgah sebentar untuk berehat. Baginda ( Raja Iskandar Zulkarnain ) telah meneruskan perjalanan tanpa teringatkan putera ini dan malang lagi baginda tanpa mahu berpatah balik mengambil mereka.

Tanpa diduga ketiga² putera raja ini tidur dengan nyenyaknya dibawah pohon yang bernama gelenggang di sebuah ladang. Ladang ini dihuni oleh sepasang sepasang suami isteri yang baik hati bersama² anak perempuan yang cantik.

Apabila tersedar dari tidur, putera² mendapat tahu yang diri mereka telah ditinggalkan dan mereka berjalan² tanpa arah tujuan lalu terjumpa empunya milik ladang. Jodoh ditentukan oleh Allah, lalu putera pertama jatuh cinta melihat kecantikkan anak perladang ini lalu meraka berkahwin. Putera pertama ( Raja Diraja ) ini mengambil keputusan untuk terus tinggal diladang tersebut. ( macam senang jer orang dulu kahwin ). Melihat putera pertama berkahwin putera kedua ( Raja Alih ) mengambil keputusan merantau ke Champa (kini di kenali Kemboja ). Apabila sampai disana terus menetap di sana dan berkahwin dengan gadis kemboja. Si putera ke tiga pula bila melihat abang² mereka sudah mendirikan rumah tangga beliau merantau ke China pula dan dikatakan berketurunan Puteri Hang Li Po.

Bertahun bersama² mentua ( orang kata tak elok dok lama² ngan mentua, betul ker? ) Raja Diraja berpindah ke Pagar Ruyong, Indonesia. Raja Diraja telah mendapat zuriat perempuan bersama anak peladang ini dan diberi nama Puteri Lindungan Bulan. Mungkin benar kehidupan orang lama dahulu, bila mendapat anak perempuan perlu cepat mencarikan jodoh mereka. Itulah terjadi dengan keluarga Raja Diraja, Pagar Ruyong adalah sebuah negeri yang belum ada rajanya maka Raja Diraja ingin mencari seorang raja yang sesuai bagi memerintah Pagar Ruyong sebelum baliau mangkat.

Menjadi lumrah manusia, yang miskin mengaku kaya, jadi ramailah yang mengaku anak raja datang menyembah Raja Diraja. Kuasa yang Maha Besar Allah setiap mereka² yang mengaku anak raja tapi adalah sebaliknya datang menyembah puteri tersebut mati ( tidak dinyatakan mati macam mana ), mungkin kerana sumpah.

Lantaran itu baginda ( Raja Diraja ) menyumpah keturunannya iaitu sesiapa yang meninggalkan Pagar Ruyong dimestikan BERJOJAK ( di katakan jejak kaki tanah bagi setiap anak yang dilahirkan ) bagi menandakan mereka berketurunan raja tersebut.

Itu adalah sedikit kisah zaman dahulu. Tapi bukan ingin mengisahkan tentang raja² ini tapi ingin diluahkan cerita tetang satu adat bagi masyarakat Rawa di Gopeng, Perak. Mereka percaya dan yakin dari keturunan raja tersebut. Anak² mereka yang berusia kurang setahun tidak kira lelaki atau perempuan dilarang daripada menjejak kaki ke tanah atau terkena bunga. Ada menyebut apa ada sesebuah adat atau keturunan, apabila mati kelak tetap ke tanah. Allah tidak mengira umatnya, dari keturunan apa tetapi pada amalan mereka.

Orang berketurunan Rawa di Kampung Sungai Itek, Gopeng, Perak juga mengamalkan adat ini. Dalam kampung tersebut terdapat beberapa paip besar yang berusia beratus tahun yang merentasi yang menjadi saksi adat ini dipertahankan penduduk kampung tersebut. Masyarakat Rawa ( di kenali atau disebut Rao ) yang berasal dari Pagar Ruyong, Indonesia itu adalah adat BERJOJAK iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil untuk menjejaki tanah. Selalunya anak² ini yang sudah pandai berjalan. Sebutir tanah pun tidak boleh di sentuh mana² tubuh badan kanak² ini sebelum tempoh tersebut. ( seksa tue…bukan tanah jer malah bunga pun tidak boleh..bunga plastik dibenarkan )

Pernah terjadi pada seorang kanak² perempuan yang didukung oleh sahabat karib ayahnya. Malangnya ayah perempuan tersebut pergi menjalankan tugas di sempadan. Jadi ayah perempuan menyuruh sahabat baiknya menjaga anak sulungnya memandangkan mereka belum ada anak lagi. Si anak ini suatu hari menangis dengan sekuat hati. Biasa aa tue bila nak pujuk anak perempuan nangis bagi bunga kalau laki bagi toys kot. Penjaga ini tidak tahu tentang adat ini lalu memberikan bunga pada si anak. Memang si anak diam sebentar tapi dengan Kuasa Allah hanya beberapa minit kemudian tumbuh bintik² merah yang semacam kudis dan ruam² serta merta si anak menangis menahan sakit dan hampir pengsan. Si keluarga ini panik lalu menghantar si anak ke klinik, tapi pelik doktor mengatakan si anak ini sihat dan doktor tidak dapat kesan apa penyakit si anak ini. Oleh kerana kesian, dan tidak sanggup melihat si anak menderita sahabat ini pulangkan kembali dan menceritakan pada si ibu kandung anak tersebut. Lalu si ibu terus bergegas ke Gunung Mesah, Perak untuk berubat dan si anak terus baik. Mungkin secara kebetulan atau mungkin kerana sumpah.

Ada yang mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Memang kejam kenyataan ini. Aku pernah mendengar ceramah dari Ustaz Akhil Hayy, mengatakan bila anak dah mati macam mana hendak teruskan adat tersebut..hehehe..walaupun ustaz ini berketurunan Rawa, dan berasal dari Gopeng, Perak. Memang betul apa yang dikatakan tapi ini hanyalah sebagai kata² simbolik orang dahulu kala. Walaupun kita dari mana² keturunan dan adat, manusia tetap ada hati dan nafsu. Setiap tubuh badan kita dapat mengawalnya tetapi hanya nafsu yang kuat dapat dikalahkan dengan puasa. Apabila kita mati tetap ketanah jua. Tidak kira kita berketurunan Rawa yang dikatakan dari Raja berdaulat ( Sultan Perak berasal dari galur yang sama ), keturunan Syed Syarifah, keturunan Megat mahupun dari keturunan mana dari muka bumi ini, kita tetap dari Nabi Adam a.s. Hanya amalan yang menjadi bekal kita di sana. Malaikat Mungkar Nangkir tidak bagi kumpulan atau markah lebih pada keturuanan ini. Andaikata kata aku ada yang tersinggung mana² keturunan aku memohon ampun dan maaf.

Cerita ini bukan ingin menunjuk² atau berbangga atau menaikkan taraf keturuanan Rawa, tetapi hanyalah sebagai ilmu dan fakta. Fakta² ini aku dapat dari akhbar KOSMO bertarikh 19hb Julai 2007 pada hari khamis yang telah diolah ringkasan dan sedikit pengalaman dari mata sendiri. Suatu hari nanti aku akan menceritakan bagaimana cara² adat ini di jalankan untuk pembaca yang belum mengetahuinya lagi. SEKIAN

15 Responses to “Adat diRaja…”

  1. Betul2x..Amin3x

  2. byk sangat soklan kau ni berkaitan kawen, ape kate kau kawen dolo..muahahahah

  3. dari mana saudara dapat info ini?

    jawapan : dari akhbar dan dari galur keturunan itu sendiri terutamanya ramai di Ipoh, Perak jugak sedikit research di buku² lama dan juga pada pemerhatian dan pegalaman melihat adat itu di depan mata…:D

  4. salam..

    walaupun dah lama articles ni… just nak share yang saya ada lah salah seorang keturunan rawa… adat yang deperkatakan tersebut, masih dilakukan oleh family saya…..

  5. amlijamat Says:

    Askm…

    Buat semua saudar n saudari2…

    Saya adlh s’org yg b’asal dari keturunan yang sama..
    Bagi org yg b’asal dari keturunan ini perlulah mengikutinya krn
    sepupu saya yg b’asal dari keturunan ini sedang menanggun sakit seperti yg telah d’terangkan dlm artikel ini, sekarang umur dia telah mencecah 14thn tapi penyakit t’sebut masih belum pulih…
    Ini krn ibunya tak percayakan adat t’sebut…
    Aruah moyang saya kerap b’ulang alik ke sumatera indonesia sewaktu hayatnya, dia penah m’ceritakan kpd opah t’tang apa yg ada disana n aunty saya pernah pergi k’sana dimana ada sebuah bangunan lama seperti istana, struktur binaan asas dari kayu yang telah dijadikan spt muzium dan blh dilawati sama spt yg d’ceritaka arwah moyang pd opah. Tujuan aunty saya pg ke sana adalah utk m’mastikan cerita yg d’ceritakan oleh arwah moyang kpd opah saya adalah benar atau rekaan. sewaktu disana aunty telah duduk d’singgah sana tanpa kebenaran pihak penjaga dan bila mereka t’nampak suasana menjadi kecoh, dgn rasa tak malu aunty suruh d’org senyap n aunty terus duduk lamer2.Ini krn sesiapa yg duduk d’singgah sana akn pengsan, s’suatau yang pelik akn d’alami oleh org yg m’ceroboh kws larangan t’sebut…
    tapi mereka pelik melihat aunty, krn tak ada apa2 yg b’laku. Slps tu aunty pun citer semuanyer n mlm tue aunty dpt tdr free kat tempat tue n d’org wat kenduri menyambut aunty, suasana mcm cerita bangsawan melayu …aunty ckp kita dari keturunan nie t’paksa ikut.. allah jadikan manusia dari berbagai bangsa keturunan amalan warna kulit….setinggi mana martabat,seagung mn keturunan allah hanya memilih yg b’iman utk m’jadi penghuni syurga…dan yang mungkar sebagai bahan bagar neraka jahannam..
    sekian askm…

    • tengku ali Says:

      wsalam,
      untuk pegatahuan saudara …. kami dari keturunan keluarga di RAJA PAGAR RUYONG ….. cuma sy x pasti samada kita sama dr keturunan ke tak…. moyang saya berasal dr keturunan sana… anak moyang saya semua dah meniggal skrg cuma tiggal datuk saya seorang saja pewaris… tp yg pelik nya, setiap dr kuarga kami ada yang cacat…. ada yg kata sbb langar pntang larang ( betoi x , hnya ALLAH yg tau)… penah gak dorang berubat dgn kain kuning…… saya harap saudara boleh share …. serba sikit …. hanta kat email saya……… wsalam

  6. amlijamat Says:

    Askm…

    Buat semua saudar n saudari2…

    Saya adlh s’org yg b’asal dari keturunan yang sama..
    Bagi org yg b’asal dari keturunan ini perlulah mengikutinya krn
    sepupu saya yg b’asal dari keturunan ini sedang menanggun sakit seperti yg telah d’terangkan dlm artikel ini, sekarang umur dia telah mencecah 14thn tapi penyakit t’sebut masih belum pulih…
    Ini krn ibunya tak percayakan adat t’sebut…
    Aruah moyang saya kerap b’ulang alik ke sumatera indonesia sewaktu hayatnya, dia penah m’ceritakan kpd opah t’tang apa yg ada disana n aunty saya pernah pergi k’sana dimana ada sebuah bangunan lama seperti istana, struktur binaan asas dari kayu yang telah dijadikan spt muzium dan blh dilawati sama spt yg d’ceritaka arwah moyang pd opah. Tujuan aunty saya pg ke sana adalah utk m’mastikan cerita yg d’ceritakan oleh arwah moyang kpd opah saya adalah benar atau rekaan. sewaktu disana aunty telah duduk d’singgah sana tanpa kebenaran pihak penjaga dan bila mereka t’nampak suasana menjadi kecoh, dgn rasa tak malu aunty suruh d’org senyap n aunty terus duduk lamer2.Ini krn sesiapa yg duduk d’singgah sana akn pengsan, s’suatau yang pelik akn d’alami oleh org yg m’ceroboh kws larangan t’sebut…
    tapi mereka pelik melihat aunty, krn tak ada apa2 yg b’laku. Slps tu aunty pun citer semuanyer n mlm tue aunty dpt tdr free kat tempat tue n d’org wat kenduri menyambut aunty, suasana mcm cerita bangsawan melayu …aunty ckp kita dari keturunan nie t’paksa ikut.. allah jadikan manusia dari berbagai bangsa keturunan amalan warna kulit….setinggi mana martabat,seagung mn keturunan allah hanya memilih yg b’iman utk m’jadi penghuni syurga…dan yang mungkar sebagai bahan bakar neraka jahannam..
    sekian askm…

  7. Orang rawo Says:

    mano kao dapet cerito ko? klu tak tau jangen nak memandai laei lek

  8. Orang rawo Says:

    jd sok kawin kono kuning-kuning la

  9. Orang rawo Says:

    paip doket sungai itek dah tadak, kono cabot, apo yg tinggal laei simen ajo. klu idak cayo moh kito ko dusun seribu, umah pak puren

  10. Orang rawo Says:

    karang cakop bykkan maroh pulo sedaro, marah pulo pak inal jopon

  11. Tajol Rawo Says:

    botol la cerito tu kalau tak botul macam mano dio dapet sejarah tu…..

  12. tengku ali Says:

    wsalam,
    untuk pegatahuan saudara …. kami dari keturunan keluarga di RAJA PAGAR RUYONG ….. cuma sy x pasti samada kita sama dr keturunan ke tak…. moyang saya berasal dr keturunan sana… anak moyang saya semua dah meniggal skrg cuma tiggal datuk saya seorang saja pewaris… tp yg pelik nya, setiap dr kuarga kami ada yang cacat…. ada yg kata sbb langar pntang larang ( betoi x , hnya ALLAH yg tau)… penah gak dorang berubat dgn kain kuning…… saya harap saudara boleh share …. serba sikit …. hanta kat email saya……… wsalam

    raja86_unic@yahoo.com

    • Amli Jamat Says:

      السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

      Pasal citer saudara tue sama jer dengan saya, baru nie anak lelaki saya yang baru berumur 10 bulan yang sedang aggressive capai sarang angkut2, ditakdirkan secara tak sengaja anak lelaki saya muntah2 n cirit-berit. dengan pantas bonda saya mengambil kunyit hidup dan disapukannya kepada anak saya dan dengan izin Allah SWT anak saya pulih kembali, kunyit hidup tersebut adalah kunyit yang telah dibacakan doa oleh orang yang diizinkan Allah untuk miliki ilmu perubatan tersebut. Ilmu tersebut bukan boleh dipelajari tetapi ia akan datang sendiri dengan izin Allah, dan biasanya orang yang boleh memberikan penawar nie adalah dari keturunan yang sama, dan penawar nie keluarga saya akan ambil untuk setiap bayi yang baru lahir dan digunakan sehingga bayi tersebut dijojakkan… Mulanya Ayahanda saya tak percaya tentang smua nie.. sebab dia dari keturunan jawa n ramai dari sanak saudaranya adalah ustaz, n bila diterangkan n semua nie kuasa Allah dengan menjadikan hambanya dengan pelbagai rupa, peranagai, dll, hanya satu saja Allah mahukan dari kita tunduk dan sujud adalah perkara utama tanggungjawap yang perlu kita tunaikan sebagai hambanya..islam tidak memudaratkan, untuk kebaikkan saudara perlu mendalami ilmu agama, demi tidak dihantui masalah ragu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: