Buli balik 2….

Ini adalah sambungan dari cerita Buli Balik…

Bila ustaz aku datang ke padang ingin mengubat si akakshah nie…dalam masa yang sama ramai yang cuba tangkap mamat nie tapi tidak berjaya…dia dah macam orang ilang akal dan kekuatan dia dah macam Superman cuma tak leh terbang jerkk..bila dia tenang sikit, mula para² ustaz dan para² yang mengaku pandai ingin mencari kelemahannya. Adalah sorang ustaz aku nie, nama dia aku dah lupa ( sorry ustaz sebab ustaz tak glamer kat maahad tue ) baca sesuatu…rupa²nya si akahshah nie dah berdamping ngan jin kerana dia mengikut amalan pada malam tersebut. Bukan sekor beb tapi kalau tak salah hampir enam ekor. Giler ramai patut laa dia jadi macam The Hulk abis semua orang kena belasah…padan laa muka senior² dia ( bukan aku ) yang kena belasah..ada yang patah gigi, ada ilang ingatan jab dan ada yang patah kaki..

Ustaz nie cuba laa ubatkan atau berperang ngan jin² nie supaya tinggalkan tubuh badan si akahshah nie..ala korang tau aa, nama pun jin..gangster lak tue..mesti la diaorang tak nak…puas laa jugak ustaz nie kalahkan.

Dah termaktub dalam Al-Quran, iblis takutkan mukjizat Al-Quran kalau kita membacanya dengan betul dan yakin kuasa Allah Maha Besar…abis kantoi semua jin² kat Akahshah nie cuma tinggal sekor kot kalau tak salah aku…masa tengah kitaorang bacakan surah Kursi siap jin tue betulkan nahu dan tajwid kitaorang…( masa tue kecik lagi..dalam keadaan ketakutan lak tue so paham² laa ). Tapi akhirnya kitaorang menang jugak mengalahkan jin tue…

Bila semua dah bersurai..yang saki baki dan yang pernah buat salah kat si akahshah nie cuba memimpin dia ke dewan asrama. ( di ingatkan si akahshah nie dah pengsan sebab diri dia tak dapat menanggung jin² nie ). Bila dah sampai kat dewan tue aku dan sahabat² yang lain cuba berikan air pada dia di pimpin oleh otai ustaz nie…bila sedar kitaorang semua tunggu cerita dari akahshah aper yang terjadi sebenarnya…

Akahshah : malam tue ana tidur macam biasa…dan semua penghuni sudah tidur. Pada tepat jam 12.00 malam ana tersedar kembali dan terus baca surah² tersebut ( dinyatakan sebelum nie ) dan niat kata dalam hati ana nak jumpa dengan jin. ( amalan² tersebut tidak boleh diceritakan kerana takut diikuti dengan hati songsang ). Pastu ana tidur kembali sebab tunggu dah lama tapi diaorang tak muncul…dalam setengah jam kemudian badan ana terasa bahang panas yang amat panas sekali…bila ana bukak mata ana terpandang sebelah katil ana yang selama nie tidak didiami, terdapat lembaga yang besar dan berbulu gelap. Masa tue gelap gelita tapi ana tengok matanya merah menyala, bila ana menyoal lembaga tue tapi dia diam jerkk..ana kata ” sapa anta wahai makhluk Allah dan kenapa kemari “..soalan itu berulang berkali sampailah satu tahap tue ia menjawab ” aku makhluk Allah yang kau panggil dan aku berasal dari keturunan jin dan untuk apa kau panggil aku”…ana jawab lah..” tolong aku menjadi kuat supaya aku boleh mengalahkan mereka semua ini, aku mahu kekuatan yang luar biasa “…jin tue jawab ” boleh tapi kau kena ikut syarat ini, jauhkan solat dan quran, tinggalkan segala amalan nabi² sebelum ini, aku akan laksanakan impian kau “… tapi ustaz, ana ikut jugak amalan Islam, hinggalah satu malam tue jin tue jelma kembali dalam keadaan marah kerana ana engkar kata dia..akhirnya ana kalah jugak dan ikut kata jin tue…banyak diri ana bersendirian kerana takut hukuman Allah dan dari maahad nie..

Ramai² termasuk ustaz kata ” masyaAllah “…kitaorang ajar kembali akahshah khalimat suci al-quran dan shahadah dan selawat…alhamdulillah dia leh ikut…dia belum sampai tersesat jauh. Tak lama pastu ramai la pula kawan si akahshah nie..takut kot…

Ingatlah tiada kuasa yang Maha Besar dan Kuat selain Allah, jangan sesekali kita meminta pertolongan dari makhluk lain kerana makhluk² datangnya dari Allah jua. Diaorang nie tak leh wat apa sebab dah termaktub mereka nie yang sebenarnya takut manusia. Tapi manusia lupa, manusia adalah makhluk yang berakal dan berilmu serta yang paling agung didalam dunia nie. Kenapa kita perlu minta pertolongan dari makhluk lain dan orang lain. Ingatlah wahai senior² atau orang terdahulu dari junior…perbuatan buli ini harus ilang adatnya…tak kira mana² pun. Kalau rasa diri tue kuat ingatlah ada lagi orang yang lagi kuat.

Senang kita melihat kembali filem komedi dari Afdlin Shauki, BULI. Banyak pengajaran dari situ. Buli menjadi satu kemestian dan adat di mana² instituti mahupun sekolah² bertiangkan agama. Hapuskanlah adat ini, sematkan niat mahu belajar. Kisah ini bukan memburukkan mana² pihak tapi sekadar pedoman, bukan semua maahad ada orang macam Akahshah nie iblis nie yang ada merata tempat. Maahad menjadi tempat ibadah dan ilmu untuk akan datang…jangan jadi alasan burger daging sebagai alasan untuk gagal menjadi tahfiz tapi cari jalan penyelesaiaannya. ( untuk diri sendiri..huhuhu ). Wahai sahabatku kalian andaikata membaca artical ini…cuba ingati kembali mana arah tujuan kita…ingin menjadi apa atau apa yang kita lalui bersama sebagai kenangan.

Alhamdulillah sorang sahabat aku jerkk yang dapat meneruskan kerjaya sebagai imam di sebuah masjid…yang lain semua nak jadi rockers..huhuhuhu..tapi tak mengapa janji halalkan kerjaya kita sekarang…aku doakan arwah Akahshah ( meninggal kerana kemalangan ) aman dan di tempatkan di tempat orang yang soleh, diterangi nur kubur dijauhkan seksa…Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…Amin

One Response to “Buli balik 2….”

  1. نورنانا Says:

    semoga akahshah aman dan di tempatkan di tempat orang yang soleh, diterangi nur kubur dijauhkan seksa, Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: