Satir…

SATIR maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: “Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW.”

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: ” Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya .”

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: ” Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya”.

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: ” Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan .”

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA – FATWANYA ).

5 Responses to “Satir…”

  1. نورنانا Says:

    kwsn sejadah tu kira satir la?
    kalo ada sejadah, xde buh apa2 kat depan sejadah tu, still xleh lalu depan ek?

    kalo kat masjid tu camne?…kadang2 kwsn sempit..
    err…x paham sgt arr..

  2. setengah orang tak paham..selalu terjadi di masjid…ada sejadah ker atau tak tetap tak leh lalu depan orang solat tue…satir nie tak kisah..letak jerkk apa2 barang di depan tue…kalau takut gak orang lalu ( utk solat sunat ) selalunya kat masjid cari tepi dinding kalau tak de gak…ambillah apa2 barang yang boleh menjadi penghalang atau tanda kalau tak de gak barang2 tue…kita boleh mengangkat tangan sebelah kedepan ( macam isyarat stop ) lebih kurang macam tue…

  3. نورنانا Says:

    oo..maksudnya, kalo kita dlm masjid/surau, kalo kita dok dekat dgn pitu, kita mmg kena letak brg aaa dpn sejadah kita??

  4. نورنانا Says:

    pitu* pintu🙂

  5. kalau nak lalu di hadapan orang yg sedang solat (di kawasan lapang ataupun tidak, ada satir atau tidak) harus tunduk dan tangan harus mencecah lantai untuk membuat garisan.

    jawapannya : andaikata anda di tempat yang lapang anda tak perlu meletakkan satir di situ kerana orang² akan lalu ikut laluan yang lain…tak perlu nak tunduk membuat garisan…tak kisah nak buat satir nie macam maner janji biarlah ia jelas dan paham…lebih selamat kalau kita nak bersolat bersendirian di masjid atau surau carilah tiang atau di tepi dinding..contoh macam solat sunat jumaat…tapi andaikata anda musafir dan berada di tempat yang lapang…tak perlu satir…tapi tue la..susah gak nak cakap sebab orang sekarang main redah jerkk…contohnya selalu di dalam masjid bila solat sunat jumaat….kekadang pandangan mata penulis sendiri…dah beruban di kepala tapi masih tak paham kena hormat orang yang tengah solat…andaikata anda was² jawapan yang diberikan anda boleh merujuk pada guru² agama terdekat…penulis bukanlah dari orang² penterjemah Hadis dan banyak kena belajar…andaikata tulisan penulis salah…berbanyak maaf…tulisan ini dari ilmu yang pernah belajar dulu…dan merujuk dari guru² yang arif…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: