oh ICT…

Assalamualaikum…
Kembali sebentar…pada 27hb November 2007 aku telah megikuti sebuah forum di PWTC mengenai ICT Development & Innovation…pukul 7 pagi kitaorang dari satu company iaitu Impian Teknik Integration System ke putra Kelana Jaya ( semua maleh nak drive takut jem )…agenda tersebut bermula seawal 8.30 pagi…kitaorang kenalah awal ke sana kerana ramai VVIP yang hadir…siap spek aku tercicir entah di mana…
Jam 9 pagi moderator Dato’ Abdul Wahab CEO MIMOS Berhad memulakan majlis dan diikuti bacaan doa pembuka majlis dari saper entah aku dah lupa ( hehehehe )..Alhamdulillahdah lama aku mengikuti mana² majlis yang melibatkan sesuatu yang formal tiada khalimah Allah…moga² Allah memberkati majlis ilmu ini…setelah ramai yang hadir dari sebilangannya dari orang² intelektuar terutama dari professor semua IPT mengenai ICT nie…bagi kitaorang pula memang memeningkan kepala kerana tajuk seawal pagi hinggalah tengah hari banyak persoalan dan cerita² dari speaker melibatkan ICT developmet business dan keynote….( macam biasa aa..ramai terkulai layu kerana mengantuk )…jam 11.30 pagi pula mengenai Technology Commercialization Knowledge Sharing…dari speaker MIMOS panelnya dari MDEC, MAVCAP dan SKALI…
Selepas makan tengah hari yang enak di sediakan percuma barulah masuk bab Multimedia…memang ditunggu²… moderatornya dari MdeC, panelnya dari Saladin, Astro dan MYGO…memang rancak juga perbincangan mereka serta seba sedikit pengalaman mereka ingin kongsi bersama…ada sessi soaljawab..adalah sorang peserta dari mana ntah mengatakan main power untuk multimedia terutamanya animasi tidak mencukupi di Malaysia ini…aku tidak setuju dengan ayat itu kerana bagi aku secara zahirnya betapa ramai penganggur di Malaysia ini dari bidang animasi, 3D artist, compositor dan sebagainya…Kenapa mereka tidak dinyatakan dalam forum tapi banyak menekankan kerana modal membuat filem animasi tidak mencukup sedangkan para panel juga mengatakan projek ini dari R9 lagi…bukankah kerajaan telah memberikan modal secukupnya untuk bidang ini dan kenapa filem animasi sekarang banyak yang gagal di Malaysia contohnya PUTEH…KLUANG MAN…dan lain²…pada kualiti bagi aku memanglah tidak mencukupi untuk melawan dari Disney…adakah storyline animasi di Malaysia ini banyak syok sendiri atau percisan semata²…kenapa Disney boleh berjaya dengan filem² mereka sehingga mencapai karya mereka dari 2D ke 3D…dari The Brothers, Tom and Jerry ke Shreks dan Final Fantasy..Citak Rompak?? Itu satu kebarangkalian…tapi cuma musykil tentang pembelanjaan dalam bidang ini…contohnya filem PUTEH…watak suara bukan dari golongan biasa tapi dari para² artis yang berpengalaman…kualiti masih boleh berbangga pada masa itu…promosi hebat…begitu juga dengan KRIS LAGENDA..walaupun dari pereka animasi dari bangsa Cina majoritinya tapi tetap menengahkan budaya timur walaupun silat Hang Tuah dah macam kung fu lak…
Aku pernah mengikuti sebuah ceramah agama dari seorang ustaz yang bagus…dia mengatakan haiwan yang Rasulullah sayang adalah labah² masa melarikan diri dari puak kafir…sarang labah² menyelamatkan baginda…bukan cicak yang memberitahu pihak kafir…kenapa bangsa asing menaikkan taraf SPIDERMAN sedangkan kita banggakan CICAKMAN…hehehehe..mungkin bagi setengah pihak ia kelakar…kita pikir secara rasional…mungkin betul ayat tue..mungkin hanya sekadar gurauan…sejarah tetap sejarah..tapi dalam industri ini kenapa tidak ada pihak yang membantu..contohnya walaupun CICAKMAN sekali pun tapi lihat pada costumenya…dari Putrajaya ke bandar Metropulus ( betul ke ejaan nie )…bagi aku, ia patut dibanggakan juga dengan bermodalkan sendiri mampu menghasilkan karya macam tue…tapi siapa yang menyokongnya kerja² ini….untuk menyewa life motion studio mencapai RM10k sehari berbaloikah nanti…( betul ker harga nie )…forum ini memang banyak menengahkan tentang animasi dan ICT…tapi pelik…kenapa ia tidak dinyatakan atau di ketengahkan…sebagai contoh hebatnya animasi BUDAK LAPOK walaupun ia ada meniru dari karya TARZAN animasi semasa di dahan pokok…tapi sayang karya itu di buat di Indonesia kalau tak salah aku…kenapa Malaysia masih kurang peralatan? Aku bercerita ini bukan kerana aku pandai dalam bidang ini tapi sekadar ingin tahu…kenapa ramai sahabat² aku dari bidang animasi banyak bekerja di pasar malam….atau menukar position lain…
Berbalik pada agenda forum itu…selepas soaljawab soal selidik mengenai animasi multimedia dan sebagainya aku bersama² rakan² yang lain terus mencapai paper beg terus balik….hehehehe…tapi sesi tue akan habis menjelang 6 petang…akhir sesi tue dari CyberSecurity Malaysia dan ketibaan Dato’ Mohd Jarjis dari MOSTI…aku terpaksa balik awal kerana malas nak berebut orang² yang mahu pulang ke rumah dari pejabat…dah tentu sesak…
Akhir sekali andaikata ada pihak di luar sana boleh memberi pandangan amat di alu²kan…aku hanya manusia lemah yang kurang pengetahuan…tak salah kalau dikongsi ilmunya…aku mohon ampun dan maaf jikalau ada yang terguris dan salah kata…sekian

One Response to “oh ICT…”

  1. perenggan satu hingga tiga, saye juga sangat terlibat dlm kejadian ini, kecuali bab makan tengahari, kupon saye tak laku..hampeh, hinggakan saye merajuk dan balik rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: