Trip Kuantan…

Assalamualaikum…..
Lama sangat aku tak menulis dalam blog nie…maklumla…pada 24-25 November 2007 ari tue aku bersama² rakan serumah pergi ke Kuantan..bercuti tanpa dirancang dan ingin memenuhi undangan majlis perkahwinan yie dan ida..pergi bercuti dengan harapan gaji dah masuk ke dalam akuan masing²..tapi hanya tinggal harapan saja…huhuhuu…walaupun semua tengah sengkek tapi kami mampu menginap hotel 7 bintang ( hehehe ) di perairan sungai Kuantan yang indah lagi permai…Memula macam² dugaan menghalang…dengan ketiadaan kenderaan sehinggalah kepada ekonomi…Alhamdulillah manusia hanya merancang hanya Allah menentukan kehendakNya..segala²nya berjalan dengan lancar…kami bertolak dari KL pada jam selewat 9.00 malam..pada hari Sabtu…tengah hari tue jugak aku kelam kabut cari hadiah..dengan kemalangan kecilnya..ada ke patut aku yang tengah nak masuk selekoh kanan ( bersignal ) dan dalam kawasan² bangunan pejabat…satu teksi sudah kasi cium kat bike aku…Alhamdulillah tak de apa² terjadi…dugaan semua ini…

Kami sampai bandar Kuantan dalam lingkungan 12.30 tengah malam sebelum tue rakan² serumah aku boleh makan lagi di R&R Termeloh dengan nasi goreng lagi…puaslah kami pusing pekan Kuantan ( main redah jerkk )…melihat aksi² berani mati mat² rempit bersama² awek² mereka di jalanraya…walaupun kami didalam kereta kami sempat melalui satu kawasan di pekan Kuantan di mana terdapat satu kawasan yang macam dataran merdeka di KL nie…ramai manusia² yang melepak disitu…seterusnya kami pusing hinggalah ke Sungai Lumpur terdapat deretan kedai makanan yang enak…ayah aku dah pesan jangan singgah ke Teluk Cempedak di tengah malam buta kerana terdapat makhluk Allah yang ada 2 jantina bersama makhluk² Allah yang melakukan aksi² diluar batasan…jadi kami terus memutuskan menginap di sebuah Hotel Mega View ( mengadap sungai Kuantan )…sebelum tue kami puas pusing mencari hotel yang sesuai…harga di Mega View tue pun berpatutan dan selesa bagi kami..siap ada cina karaoke tengah² malam…

Sesudah check in hotel tue…si Fairul dengan muka selambernya boleh kata lapar lagi..so kitaorang teruskkan kembali mencari kedai makan di kawasan Sungai Lumpur tue..perjalanan mengambil masa dalam 5 minit saja…kisah di tempat makan jangan diceritalah..hanya gambar² ini nanti meluahkan…selepas kenyang di perut kitaorang kembali ke bilik..dan menariknya si Fairul juga punya idea ingin memain PS2 beliau..games di mana² anda berada…itulah kehidupan kami bertiga…tak main game sehari bagaikan puasa di bulan Ramadhan…( jangan ikut kelakuan ini )…

Keesokkan harinya ( aku paling awal bangun walaupun time keje aku paling lewat bangun pagi )…kami memutuskan bersarapan ( walaupun aku jenis tak sarapan pagi )..bayar mahal² kat hotel rugi lak kalau tak makan pagi yang dikatakan percuma tue…memang sedap ( kata Fairul ) masakan disitu dan murah…( 2 percuma 1 kena bayar RM12 )…balik kembali ke bilik dengan tukar kad baru sebab pintu tak boleh buka pula dan terus kembali macam biasa dengan gaming dan tido :D…

Pukul 10.30 pagi tue kitaorang bertolak ke Kemaman, Terengganu kerana ingin mencapai matlamat asal itu mengundang majlis perkahwinan…dengan muka penuh yakin kami main redah jalan² kat situ…Akhirnya sampai jugak di Pekan Chukai tapi kami terlepas simpang dan terus bertanya pada sorang cina kontraktor…

Aku : taukeh..wa mau tanya la….lu tau tak ini jalan..wa ada kenduri laa ini rumah…wa rasa wa sudah sesat manyak jauh la…boleh tolong wa tak..( dengan slang ala² Cina tak jadi )
Cina : Mung mau gie jalang nie mu terus je…pastu mung belok kiri pastu belok kanan…mung jange terus nanti mung sampai ke Kuala Terengganu pulok…pastu mung ake jumpo balai…ha pastu mung ikut macam dalam peta nie..( sekali dia loghat Terengganu pekat daa..sampai aku pun tak tau nak eja macam aner…)

Aku dah cakap ikut perumpamaan lama dulu..dah masuk tempat orang kenalah ikut cara diaorang…huhuhu…dah la ikut plan leh kantoi lagi…kitaorang tak puas hati nak cari warga India lak ( nasib baik tak jumpa ) semata² nak tau slang India Terengganu macam mana lak…

Alhamdulillah akhirnya sampai juga tempat yang dihajati ( tak perlu cerita lebih panjang lebar lagi )…selepas kenduri tue aku dan rakan² lain terus ke Kuala Kemaman memakan sata, otak² dan beli sedikit kopok lekor ( walaupun duit dah paras hidung )…makan bagaikan raksasa yang terlepas di kampung…terus kami ke Cherating pula sekadar menghirup udara laut China Selatan…masa tue cuaca panas sedikit di selangi redup…

Oleh kerana ingin mengejar masa untuk sampai ke KL dengan cepat…kami terus ke sebuah masjid di area Sungai Ular untuk mandi ( macam musafir lak ) dan bersolat jamak..tanpa berlengah terus menuju highway baru Kemaman – KL kenalah tol RM21..ampeh Samy Vellu…Alhamdulillah dengan izin Allah jua kami selamat sampai tepat pukul 8 malam dan selesaikan semua keperluan…itu hanya ringkasan perjalanan aku pada 2 minggu lepas…

Pada pengantin aku doakan korang berdua bahagia ke anak cucu, Ya Allah Selamatkanlah hati kedua mempelai ini…seperti mana Engkau selamatkan hati Adam dan Hawa, Yusuff dan Zulaika dan Engkau selamatkan hati Nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Hajar. Semoga Allah berkati kedua mempelai dan menghimpunkan mereka berdua dalam kebaikan didunia dan akhirat…Amin ( harap janganlah marah kerana memberikan kad pada hadiah tue dalam tulisan jawi…saja jerkk nak kenakan..hehehehe…)

2 Responses to “Trip Kuantan…”

  1. lama giler cuti..ingat dah lupa kat blog dah..hahaha🙂

  2. نورنانا Says:

    mung ni…
    kantoi pulok mung denge org cina ganu..

    muahahahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: