comolot….

Assalamualaikum….

Pada pagi yang indah ini..aku baru saja masuk ke pejabat macam biasa…dan macam biasalah bila dah online YM nie kan auto detect mail…so aku pun bukaklah mail² yang lama tak aku baca…( bukan tak nak wat keje pagi²…tapi cari mood..huhuhuhuhu…)…setelah di belek² mail tue ada laa satu tajuk yang mengamit hati …

COMOLOT…itulah tajuk mail tersebut…mengisahkan satu filem yang dibuat di Malaysia dan pengarahnya mesti la dari Malaysia gak kan…aku pun tak tau mengisahkan aper filem nie…nie pun trailer saja…mengisahkan kelakuan perlaku GAY di Malaysia…berani para perlakon filem ini dan sudah semestikan para pengarah dan penerbit filem ini..aku percaya filem ini tak de dalam wayang…

Disini aku bukan nak komen tetang filem ini atau memberi cadangan apa²…sudah semestinya aku nie bukan lah sorang pengarah filem mahupun pengkritik filem…aku percaya pada realiti dari percaya benda yang kita sudah tahu itu semua dogengan…aku berani tabik pada pengarah ini dan ingin mengenali beliau lagi dekat…GAY memang sinonim dengan kaum Adam dan dalam mata masyarakat ia amat menjijikkan…BENARkah si perlaku ini ramai di Malaysia atau hanya omongan kosong?

Kita bukak minda kita pada yang positif dan negatif…kita belajar balik sejarah Islam..zaman Nabi Luth a.s…penduduk kaum Sadom…pada waktu itu ramai perlaku² yang hanya suka pada kaum sejenis… seruan Nabi Luth kepada kaumnya tidak menambah apa-apa kecuali kesombongan… Mereka tetap selalu berpaling dari ajakan suci itu… Bahkan mereka terus-menerus melakukan perbuatan keji tatkala Nabi Luth a.s memperingatkan akan datangnya seksa Allah atas mereka apabila mereka tidak mahu berhenti dari kesesatannya… Mereka malah menentang Nabi Luth a.s dengan berkata: “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” Maka, Nabi Luth a.s pun memohon kepada Allah, agar Allah menolongnya dari kaumnya…

Nabi Luth a.s berdoa : “Ya, Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu.”

(Al-Ankabut: 30)

Allah memperkenankan doa Nabi Luth as, dan mengutus Jibril as. untuk membinasakan mereka. Jibril datang ke Negeri Sadom dengan menyerupai dua orang lelaki yang tampan. “Dia (Luth a.s) merasa susah dan sempit dadanya kerana kedatangan mereka. Dan ia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit.”

(Hud: 77)

Itu hanya sekadar secebis kisah dari kaun Luth a.s…tapi bukan di sini ingin menceritakan kisah kaum Luth a.s ataupun Wa’ilah isteri Nabi Luth a.s yang mati dalam kesesatan… yang terjadi kat Malaysia sekarang…benarkah masih ada Kaum Sadom…adakah kaum² ini tidak takut balasan yang telah dinyatakan…aku pernah terbaca satu majalah yang mengatakan kaum² GAY nie sudah ada persatuan mereka sendiri…tak salahkan si pengarah mempertengahkan isu ini dalam filem…tapi macam maner pula pandangan para² ulama kita…kita tak sepatutnya terus marah atau pergi menghukum kaum² ini tapi perlulah dengan kaunseling atau apa cara sekali dengan berhikmah…kekadang aku sendiri tak paham bila orang salah kita terus menghukum mereka…tak boleh ker kita mengajar mereka kembali atau memimpin mereka ke jalan yang benar…adakah dengan hukuman boleh menyelesaikan segala masalah…semua manusia ada membuat kesalahan…sudah semestinya mereka ini mahupun diri sendiri adalah maksum yang tidak terlepas dari kesalahan…

Selami kembali hati para² GAY ini…kenapa mereka menjadi begitu….dari mana puncanya…yang kita tahu…dari penghasilan anak luar nikah…makanan dari RASUAH…atau apa² sumber yang haram terjadinya satu keturunan mahupun kaum yang memang tak boleh terima akal…GAY mahupun LESBIAN…orang keliling selalu terus mempersalahkan individu tersebut tapi adakah kita terpikir bagaimana pula andaikata yang terjadi itu adalah anak atau sedara kita sendiri…aku bukan menyebelahi mana² pihak tetapi hanya sekadar renungan…aku bercerita dari segi pengalaman…pernahkah anda semua melihat satu kisah yang di filemkan dari underground bertajuk BUKAK API kalau tak salah…diterbitkan mengenai AIDS tapi mengisahkan golongan mak nyah…memang menarik storyline mereka…dan aku sendiri tidak sangka golongan mak nyah dan pelacur di chow kit tue boleh berlakon…( tak semua laa )…kalau melihat dari aspek lain cerita tersebut memang banyak adengan seks luar batasan dan menjijikkan tapi kita cuba ungkaikan dari segi positif pula…cara penggunaan kondom…mengenai AIDS dan banyak lagi…bukan menyuruh atau menyokong perbuatan tersebut tapi kalaulah benar apa yang terjadi…memang benarlah negara ini ada penyakit sosial…

Tidak kira apa jenis golongan…dalam Islam mahupun agama lain ia tetap salah cuma kita perlu memikirkan bagaimana melaksanakan hukuman tersebut…setiap negara atau memang wajar aku mengatakan semua negara ada penyakit ini…seperti citer COMOLOT tue berlatarbelakangkan negara ini…memang benar tapi…

dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan); dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh Yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka; dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.”

(Al-Ankabut: 53)

Aku bukanlah pandai mentafsir Al-Quran tapi inilah realiti…sesiapa yang pernah atau tahu mengenai filem COMOLOT , aku teringin berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja…ilmu yang baik atau kisah yang menarik aku suka mendengarnya…sudah semestinya aku nie pun bukan pro-kerajaan…dimana² pun tak kira mana negeri pun pasti ada golongan ini…tapi kuatkah kita menghadapi penyakit² ini dari berluasa sekitar minta anak² kita…( aku lom ada anak lagi sebab lom kawen…akan datang insyaAllah )…biarlah filem ini menjadi satu lakonan pentas sahaja janganlah menjadi realiti di luar sana…anda semua yang menentukan arah tuju…biarlah kita memegang hukum yang sudah termaktub bukan pada hukum yang dicipta oleh manusia sendiri…

comolot.jpeg

COMOLOT { http://www.youtube.com/watch?v=NNqyJ7RxMmE }

17 Responses to “comolot….”

  1. nik azman Says:

    Orang melayu bukannya tidak nampak tapi tidak mahu melihat. Isu ini adalah realiti di kalangan anak muda di KL dan juga di mana-mana di Malaysia.

  2. I like this post alot, was doing some background work for my Comolot post actually. Saw the movie in youtube recently.

    Nice article.

  3. Best la article! Detail sungguh! Membuatku terfikir sejenak! Keep up the good blogging! And…always keep an open mind! Biarla diorang tu nak buat filem aper…itu hak masing masing. Sure ada pengajaran di sebalik criter ni walaupun pada dasarnya mmg cerite gay. Aku pon nak tengok nanti!

    hahahahaa!!!

  4. putra_kenchana Says:

    Kalau nak tahu komen aku dengan lebih lanjut, buka Youtube..aku dah komen panjang lebar, tak larat nak copy paste….atau kau baca dalam Blog Amy Ikram….aku dah komen panjang lebar.

    Aku tak suka kau jadi hipokrit talam dua muka…guna hadis dan ayat Al-Quran..tapi yang tersirat di sebalik yang tersurat ko bukan main teruja dengan filem comolot tu…..Come on men dalam Islam niat tidak menghalalkan caralah…Orang macam kau lagi bahaya dalam masyarakat..umpama virus yang senyap..menular dalam sistem badan manusia……..tahu2 dialah virus yang dah rosakkan sistem imunisasi…..

    Aku minta maaf kalau komen aku kasar dan menyakitkan hati….tapi kau kena ingat…yang pahit selalunya jadi penawar kepada orang yang sakit.

  5. putra_kenchana Says:

    Pandai kau guna ayat2 manis..susun kata sana sini…..supaya masyarakat menyokong filem comolot tu….mengejar kejayaan besar dalam kreativiti berkarya bukan lesen agung untuk menghasilkan sesuatu yang menlanggar sensitiviti masyarakat dan hukum agama. Ko cuba buka mata dan minda kau ke luar….lihat bagaimana kreativiti karyawan filem2 hebat dari Iran boleh menggondol pelbagai award di peringkat antarabangsa tampa perlu menggadai maruah agama bangsa dan sensitiviti masyarakat….Tak perlu adegan panas, tayang aurat sana sini, cium molot, menyundal, cakap lucah..seks ranjang, seks songsang…hei..masyarakat dah mualllah…

  6. putra_kenchana Says:

    Besok kau dah kahwin dah dapat anak..anak kau dah remaja, dah besar panjang…dah mumayiz..ok abah nak bagi anak abah untuk berfikiran terbuka….Pilihlah cara terbaik untuk kebahagian anak abah…..kawanlah dengan sesiapa….buatlah yang terbaik berdasarkan kreativiti anak abah dan logik akal anak abah….Tontonlah apa2 saja filem yang anak abah rasa sesuai……

    Tengok apa jadi kat anak kau…..
    Ko buatlah uji kaji pada anak kau sendiri..berjaya tak dia jadi manusia yang sempuna iman dan akal….tampa ada panduan dan bimbingan orang tua….

    Islam tu dah sangat sempurna untuk panduan hidup manusia…..tak payah tengok filem comolot untuk jadi manusia.

  7. putra_kenchana Says:

    Syukurlah dalam Islam dah terang2 bagi contoh terbaik tentang hukum melakukan hubungan seks sonsang dan balasan azab bagi pelakunya. Anak-anak kita yang mendapat pendidikan Islam yang sempurna, pasti dah faham apa itu GAY….jadi mereka lebih cepat sedar untuk menghindari gejala songsang ni di peringkat awal, dan akar umbi lagi. Tak payahlah nak tunjuk2 cara terbaik mengenali apa itu GAY melalui filem ke apa ke…. Benda ni lagi membuat ank2 kita keliru dan kalut.

    kau belum kahwin dan ada anak..ko sedap mulut cakap..beso anak kau dah besar panjang..barulah kau rasa bertapa risaunya menjadi seorang bapa untuk memastikan anak2 kita tak terjebak dalam dunia songsang ni.

  8. ulasan yg bagus and logikal. tp aku still x dpt trimer citer Comolot ni sbb citernye pointless, meaningless, no substance, dan yg penting x de pengajaran langsung dr citer ni yg dpt di teladani.

    tagline yg bodoh “Desires have no boundaries” berjaye makes it even worse! x kesah nk buat citer gay. tp kalo nk kasik kesedaran kat masyarakat ttg isu2 gay ni, patut diselitkan pengajaran. aku sokong niat ko yg golongan2 gay ni patut diberikan panduan. tp adakah ini yg disampaikn dlm citer Comolot ni? citer ni hanya memaparkan reality yg sememangnye sumer org dh tau (cume org wat x tau je) tanpa menyampaikan ape2 mesej..

    A misleading film yg blh confusekan org yg sememangnye dh confuse or budak2 yg baru nk membesar dan baligh..

  9. yang perihatin Says:

    Kalau nak tahu, saya mempunyai pandangan tersendiri terhadap isu gay ini. memang tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud golongan ini di masyarakat kita. Sebelum kita menunding jari terhadap golong ini, pernah kita fikir tak kenapa boleh wujud golongan ini secara cepat di masyarakat kita? Pernah tak ada pihak yang ingin memikul tangungjawab ini untuk mengkaji punca golongan ini terbentuk dan saya percaya golongan ini bukan dilahirkan memang bersifat demikian. Sebabnya, setiap insan dilahirkan seperti sehelai kain putih yang suci. Sifat golongan ini adalah pengaruh dari masalah keluarga dan masyarakat. Saya jugak tidak mempunyai pengetahuanyang dalam isu ini tetapi melalui pembacaan saya dalam beberapa kajian luar negara, golongan ini perlukan kasih sayang dari seorang insan yang bernama lelaki kerana golongan ini kekurangan kasih sayang dari ayah ketika zaman kanak-kanak. Dan mereka akan kehausan kasih sayang dari ayah yang menjuruskan golongan ini mencari kasih sayang dari lelaki yang lain. Ini saya dapat kaitkan dengan golongan para ayah hari ini yang sibuk mengejar wang dan mengabaikan kasih sayang yang perlu dicurahkan kepada anak mereka. Wang dikejar sebagai alasan memberi kasih sayang yang lebih baik kepada keluarga. Adakah ini benar? Saya berharap pandangna saya ini memberi sedikit kesedaran kepada mereka yang bakal bergelar suami dan ayah suatu hari nanti. Ini termasuklah saya yang bakalugak bergelar suami dan ayah tak lama lagi.Renungkan bersama…

  10. Dr.Ikmal Says:

    assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya selalu berpesan pada mana2 individu yang datang jumpe saya pasal psikologi nie. saya dah membaca banyak pasal ‘comolot’ nie walaupun saya dah pun tengok berulang kali dalam bentuk DVD ‘original version’ yang dibawa oleh sorang teman ke pejabat saya. Tak de apa yang sensitif pasal comolot hendak dibicarakan, kalau setakat scene ‘lelaki peluk lelaki’ memang la menjijikkan. Bagaimana pula dalam perilaku seharian kita, kita lihat anak muda remaja kita ‘siap berpeluk lelaki perempuan tanpa muhrim’ naik motosikal, wanita muslim tak pakai tudung ( para artis, model n pelakon, mak kite, saudara kita) semua ada ker yang menutup aurat walaupun Allah dah berfirman dalam Al-Qur;an menutup aurat itu wajib tidak kira lelaki atau perempuan.. Sehelai rambut adalah aurat dan juga penglihatan kita. tak perlulah ‘wahai putera kencana’ nak keluarkan banyak ulasan atas sebab tidak puas hati setakat menonton satu filem, dah gah mcm filem Iran. memang la. sebagai contoh filem ‘Syukur 21’ ada tak ramai org pergi tgk?. susah la… tak ramai sangat.. kalau kite nak buat filem, kite kena lihat sasaran kite pada siapa. Saya selalu jugak hadir ke FINAS atas urusan psikologi jugak. Saya lihat bukan main komen filem orang lain, itu salah ini tak betul. Dia jugak betul ker?. Berapa kali ‘amy ikram’ dah bagitau kite ‘comolot’ adalah filem pendek untuk penilaian dalaman ASWARA. kalau dah terkeluar mcm nie kira komersial la.. kalau pergi LPF pun, diorang akan cakap ‘u tau tak apa itu filem pendek’… kalau kite cakap pasal agama.. saya rasa tak de satu pun filem kat dunia nie yang halal.. adegan bersentuhan lelaki dan perempuan dihalalkan, bukak baju, dedah sana dedah sini, tak pakai tudung, pakai skirt, cakap lucah dialog macam barat, konsert n hiburan melalaikan.. tak payah ek kite nak dengki sama dengki okay.. baik kite sama2 bersyukur atas nikmat pemberian tuhan.. jangan jadi melayu suka mencari kesalahan orang okay..

  11. kitul baru Says:

    sebab dah terlalu banyak anak haram lah yang buatkan masyarakat songsang. maka akan lahirlah benih-benih ini bergelandangan dalam masyarakat dan mencipta karya seni yang “bobrok” seperti comolot ini untuk menyatakan inilah seni! inilah kebebasan seni! seni untuk seni! seni bukan utk masyarakat, membaiki masyarakat…. maka jgn biarkan benih-benih haram ini menghasilkan karya-karya seni seperti COMOLOT ini. sory kasar tapi dah muak dengan promosi comolot yang huhahuha tapi x berkuali jalan ceritannya. cerita lainlah! byk filem berkualiti yg boleh dicerita. buat apa cerita filem pendek yg syok sendiri itu?

  12. pihak pengarah filem comolot Says:

    mintak pihak saudara agar memadamkan komen yang mengandungi nama ‘amyikram’ di blog awak mengenai pernyataan yang dibuat. Ini adalah salah faham yang berlaku mengenai pemilihan lagu tersebut. Pihak amy ikram meminta anda agar menghubunginya segera melalui blog rasminya… dan meminta anda agar memadamkan komen yang dipost mengenai filem comolot..

    harap tindakan segera dari pihak tuan..

    -pihak pengurusan amy ikram

  13. pihak pengarah filem comolot Says:

    saudara di harap dapat menghubunginya di
    filmcomolot@yahoo.com.my

  14. setuju dgn komen dr dr.ikmal. pd yg suke nak komplen tuh, jgn lah hidup asik nak komplen jer. kalopun anda rase xder apa yg boleh dipelajari dlm filem comolot tuh anggap jer lah filem tuh hanya sekadar hiburan.

  15. excellent post. you know, it’s all based on own’s interpretation what you’re trying to say. of course, ada yg tuduh saudara berat sebelah, tapi i feel you’ve given both sides of the story. sama je macam filem comolot & isu gay. ia bergantung pada tafsiran individu tertentu kerana tiada siapa yang boleh confirm benda-benda ni betul ataupun salah. even though most religions discourage homosexuality, but at the end of the day, some people and “prince” must realize that it’s about choice. dunia ini ada elemen-elemen positif dan negatif. we have no choice, and that is something we can’t control. but we make our own choice to live the way we are and the way we want it to be.

  16. Dari hati Says:

    assalamualaikum.. sepatutnye kte x blh nk memburukn orng lain, tengok diri kte dlu, klu dri kte dh bgus sngat bru lh sbuk tepi kain orng. guru sy prnah kate, orng yang suka menghebuh benda sesuatu adlah org yg brmasaalah. prnah trfikir korng nk wt cerita ni, aq rase korang takut nk amik resiko. org yg sngup amik resiko adelh org akn berjaye… dn mereka mnujukn kehebatan mereka, and kaum gay ni bkn hina yg kamu sngka, sy dgr mereka masih solat. sy rse org yg mengadu ni lagi bermasalah dgn tuhan, and jgn buat andayan sendri dan hukuman sendiri itu urusan allah, sy sngat pelik ble film ni jek guna semua name islam, hbs yg film lain kesah sex tu x plk guna islam.. kenape ye?
    ingat kaum gay blh di bntuk dgn sokongan kita.. kte kena cube bkn dgn mnghukum mereka, dan sy rse org yg brname amy ikram ni lh yg menujukn dia sngup menangung semua masalah…
    syabas.. JGN BUAT HUKUMAN SENDIRI….

  17. Assalamualaikum..kadang kala kita terlepas pandang atau mungkin salah faham…bukan disini ingin menghukum apatah lagi kita ini hanyalah manusia…tapi yang tersirat kita mengkaji..para2 pengkritik…disini saya mungkin hanya sekadar beri pendapat..tak semestinya seorang transexual tue murtad atau hina disisi masyarakat..tak semestinya lesbian atau pengkid tue hanya perosak bangsa tapi kita mesti mengkaji ilmiah disebalik itu…banyak huraian yang dikeluarkan di Media cetak atau elektronik tapi kita masih meraba kenapa ia terjadi..kenapa kita tak mengkaji bagaimana puncanya…solat diturunkan hukum dari Allah..bukan semua pak iman sah solatnya..betul tak? diri ini pun mungkin belum tercapai wuduk para sahabat Rasullullah…bagaimana dengan solat? tak semua kaum Nabi Luth a.s dilakhnat ada yang bertaubat…tak salahkan kita berkongsi ilmu…pendapat kolum ini secebis atau sekadar tarbiah diri sendiri tiada niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa..kalau ada yang terasa harap maaf dipinta…yang jahat datang diri sendiri…harap maaf sekali lagi…wasSalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: